Powered By Blogger

Wednesday, October 27, 2010

We Will Not Go Down By Michael Heart

lagu tntg keganasan israel terhadap Gaza...


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Tuesday, October 26, 2010

sayang mak.....

Lihatlah.. Kasih seekor anak kucen pada ibunya.. Subhanallah..
Semua ni kasih sayang yang Allah hadirkan pada hamba-hambaNya..
Pada kita semua tak kira manusia, jin ataupun haiwan..
Kat dunia ni Allah hanya turunkan 1% ja kasih sayang..

Dengan 1% itulah hinggakan ibu burung sampai mengangkat kakinya
dek takut dirinya terpijak anaknya.. Dengan 1% itulah ibu, ayah kita menyayangi kita..
Ya Allah.. Sebegini hebat 1% ni.. Dah la 1% ni Allah yang pinjamkan..

Nway, mana yang 99% itu? Itu Allah punya.. Maka..
Bukankah kasih sayang Allah lagi Maha Banyak daripada kita semua?
Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Konsep Redha




“Barangsiapa ingin melihat seseorang dari ahli Surga, hendaklah ia melihat ‘Urwah bin az-Zubair” (Abdul Malik bin Marwan)



Kisah seorang sahabat Rasulullah 'urwah Ibnu zubair Al Awwam, iaitu anak kepada dua orang sahabat Rasulullah.. Zubair AlAwwam dan Asma' Abu Bakar. aku cukup takjub apabila membaca kisahnya dalam majalah solusi baru2 ni.. ujian yang dikurniakan Allah kepada 'urwah dan anaknya. dalam perjalan ke Damascus untuk berjumpa khalifah walid Ibnu Abdul Malik, dia ditimpa penyakit pada kakinya.. kemudian apabila berjumpa dengan doktor, 'urwah dinasihatkan supaya dipotong kaki itu dengan segera kerna tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya.. tanpa sedikit pun rasa sedih, dia merelakan keputusan itu.. bayangkan sahabat, apabila doktor menawarkan untuk membius kakinya, 'urwah menolak. katanya;


"Jangan, aku yakin tiada seorang yang beriman kepada Allah mahu meminum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, kerana jika hilang akal, ia akan lupa kepada Allah. Jika kamu harus memotong kakiku, maka laksanakanlah tugas itu di saat aku sedang solat supaya aku tidak merasa sakit"



Subhanallah.. 


Tidak terhenti setakat itu, maha suci Allah sekali lagi menguji 'urwah dengan pemergian anaknya pada malam tersebut, kerna disepak kuda. dengan tenang, 'urwah menuturkan bait indah ini.. yg turut menggetarkan perasaan aku;


" Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah"



Subhanallah..


Insan hebat. yang redha pada setiap ujian dariNya. hati dan fikirannya hanya berpusat pada Allah. tidak mengeluh, apatah lagi menyalahkan takdir.. suatu kisah yang mendorong aku untuk terus mencari identiti diri.. 'pengislahan yang tidak pernah akan berakhir'.. hinggalah aku kembali kepada zat yang menciptakan diri ini. 


Akhir kalam.. mari sama-sama kita renungkan nilai taqwa yang masih bersisa dalam diri.. adakah cukup baik atau sebaliknya masih terlalu rapuh. cukup menyedihkan, hidup tanpa nilai taqwa.. aqidah yang longgar.. sedikit saja diasak, terus gelabah.. astaghfirullah.. 


"Allahumma faqihna fiddin, wa 'alimna ta'wil, wa ja'alna minal 'ulama issholihin.."


Tuesday, October 12, 2010

why bertudung????

Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"
"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

ni amek dari i luv Islam...moga2 kita mendpat hidayah dari Allah..insyaallah..ameen

Friday, October 1, 2010

KELEBIHAN AYAT KURSI

                        Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

                        Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

                        Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Tips/Panduan Atasi Zina Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tips/Panduan Atasi Zina Hati iluvislam.com + discover the beauty of islam

hapie...

assalamualaikum.....

sebenarnya ari nie adalah ari jdi ku yang ke 19(selamat hari jadi untuk driku dan ibu yang melahirkanku iaitu marian bte. matsim)..

pada hari jumaat bersmaan 1 arblan,aq djgkiti pnykit pning dan dmam.....badan ku terasa lmah,so aq tidolah....sampaila pkul 2 aq terjga.....bila aq tgok nset gmai yang wish arijdiku....terima kasih kwn2ku,syg sokmo yang bnyk menyokongku selama nie...pas 2 aq smpat bgun makan burger...time 2 rume aq lisa xtdo ag....ea tgok cerita korea(hehe jgn mrah)......pas mkn aq rhat2kan bdan skjp sblom smbung tdo(orang kata xbaek tido slpas mkan t cepat gmok)huhuhu.....

..................................tido....................................................

pada keesokan harinya bersamaan 2/10.....awal-awal lg aq bgon sebb ad kls koku khdmat masyrakat kul 9...tp seblom 2 aq smpat menelefon ayh n mak aq yang berada di melaka(free call,hehe)...aq hapie sgat n sedih,yang hapie nya aq dapat dengar suara ayh n ibu ku yang sgt ceria,mereka la orang yang aq cinta n aq syang smpai akhir hidupku....merekalah buat hdupku lbh bermakna d dunia ini.....xleh nak blas jsa n pngorbanan mereka tp aq akan cba blas dgan kjyaanku....insyallah.....n yang sdhnya orang yang aq hrap2kan untuk wish arijdi ku x wish pon mybe ea lupa atau nak bg suprise.......huhu, tp xpo...sbb orang yang aq syg n cinta masih mengingatiku......i luv Allah,i luv rasulullah.i luv my family,i luv my frend....n smua...;)