Powered By Blogger

Tuesday, October 26, 2010

Konsep Redha




“Barangsiapa ingin melihat seseorang dari ahli Surga, hendaklah ia melihat ‘Urwah bin az-Zubair” (Abdul Malik bin Marwan)



Kisah seorang sahabat Rasulullah 'urwah Ibnu zubair Al Awwam, iaitu anak kepada dua orang sahabat Rasulullah.. Zubair AlAwwam dan Asma' Abu Bakar. aku cukup takjub apabila membaca kisahnya dalam majalah solusi baru2 ni.. ujian yang dikurniakan Allah kepada 'urwah dan anaknya. dalam perjalan ke Damascus untuk berjumpa khalifah walid Ibnu Abdul Malik, dia ditimpa penyakit pada kakinya.. kemudian apabila berjumpa dengan doktor, 'urwah dinasihatkan supaya dipotong kaki itu dengan segera kerna tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya.. tanpa sedikit pun rasa sedih, dia merelakan keputusan itu.. bayangkan sahabat, apabila doktor menawarkan untuk membius kakinya, 'urwah menolak. katanya;


"Jangan, aku yakin tiada seorang yang beriman kepada Allah mahu meminum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, kerana jika hilang akal, ia akan lupa kepada Allah. Jika kamu harus memotong kakiku, maka laksanakanlah tugas itu di saat aku sedang solat supaya aku tidak merasa sakit"



Subhanallah.. 


Tidak terhenti setakat itu, maha suci Allah sekali lagi menguji 'urwah dengan pemergian anaknya pada malam tersebut, kerna disepak kuda. dengan tenang, 'urwah menuturkan bait indah ini.. yg turut menggetarkan perasaan aku;


" Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah"



Subhanallah..


Insan hebat. yang redha pada setiap ujian dariNya. hati dan fikirannya hanya berpusat pada Allah. tidak mengeluh, apatah lagi menyalahkan takdir.. suatu kisah yang mendorong aku untuk terus mencari identiti diri.. 'pengislahan yang tidak pernah akan berakhir'.. hinggalah aku kembali kepada zat yang menciptakan diri ini. 


Akhir kalam.. mari sama-sama kita renungkan nilai taqwa yang masih bersisa dalam diri.. adakah cukup baik atau sebaliknya masih terlalu rapuh. cukup menyedihkan, hidup tanpa nilai taqwa.. aqidah yang longgar.. sedikit saja diasak, terus gelabah.. astaghfirullah.. 


"Allahumma faqihna fiddin, wa 'alimna ta'wil, wa ja'alna minal 'ulama issholihin.."


No comments:

Post a Comment